Kemas Kini Terakhir: [09.09.2019]
Johnson & Johnson menghargai kepercayaan anda dan komited terhadap pengurusan, penggunaan dan perlindungan maklumat peribadi yang bertanggungjawab. Dasar Privasi Pemohon Kerja ("Dasar") ini menerangkan tentang amalan kami yang berkaitan dengan maklumat yang Johnson & Johnson Services, Inc. yang terletak di Amerika Syarikat atau laman web lain bagi Kumpulan Syarikat Johnson & Johnson kumpulkan daripada anda secara dalam atau luar talian yang berkenaan dengan permohonan anda untuk pekerjaan dengan sekutu pengambilan pekerja. Untuk maklumat lanjut, sila baca Dasar Privasi di laman web masing-masing.
MAKLUMAT PERIBADI YANG KAMI KUMPULKAN
Maklumat yang Anda Berikan
Kami mengumpul maklumat daripada anda berkaitan dengan permohonan anda.
Maklumat yang kami kumpulkan termasuk:
Selaras dengan undang-undang yang terpakai, kami boleh bertanya soalan mengenai asal usul bangsa/etnik, jantina dan ketidakupayaan pemohon kami untuk pemantauan pematuhan peluang pekerjaan sama rata. Kami juga boleh bertanya mengenai rekod jenayah berikutan tawaran pekerjaan bersyarat di mana dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Kecuali diminta secara khusus atau yang diperlukan secara sah, kami meminta agar anda mengelak daripada menyerahkan maklumat dalam permohonan anda yang mungkin memenuhi syarat sebagai maklumat sensitif di bawah undang-undang yang terpakai. Maklumat sensitif termasuk data mengenai bangsa, agama, etnik, kewarganegaraan atau negara asal, umur, identiti jantina, kehidupan seks atau amalan atau orientasi seksual, status perkahwinan, maklumat perubatan atau kesihatan (termasuk status ketidakupayaan), maklumat genetik atau biometrik, kepercayaan politik atau falsafah, parti politik atau keahlian kesatuan sekerja, status veteran, gambar, maklumat semakan latar belakang, data kehakiman seperti rekod jenayah atau maklumat mengenai prosiding kehakiman atau pentadbiran lain.
Sebarang maklumat yang anda serahkan melalui Laman Kerjaya atau yang anda kongsikan dengan pakar Pemerolehan Bakat kami mestilah benar, lengkap dan tidak mengelirukan. Mengemukakan maklumat yang tidak tepat, tidak lengkap atau mengelirukan dengan sengaja boleh menyebabkan penolakan permohonan anda semasa proses permohonan atau jika dikenal pasti setelah bekerja dengan syarikat, akan dikenakan tindakan disiplin termasuk penamatan pekerjaan dengan segera. Di samping itu, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan maklumat yang anda serahkan tidak melanggar mana-mana hak pihak ketiga.
Jika anda memberi kami maklumat peribadi rujukan atau individu lain sebagai sebahagian daripada permohonan anda, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut sebelum memberikan maklumat itu kepada kami. Dengan memberikan maklumat peribadi itu, anda mengesahkan bahawa anda telah memperoleh kebenaran tersebut.
Maklumat dari Sumber Lain
Untuk tujuan laporan semakan latar belakang yang berkaitan dengan permohonan anda serta seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan/atau dengan persetujuan anda, Johnson & Johnson akan mendapatkan maklumat tentang anda dari sumber-sumber lain:
Sumber-sumber lain ini mungkin termasuk:
ASAS UNTUK PENGUMPULAN MAKLUMAT
Kami mengumpul dan memproses maklumat mengenai anda untuk satu atau lebih daripada sebab-sebab berikut:
Jika pengumpulan atau pemprosesan adalah berdasarkan persetujuan anda, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.
PENGGUNAAN MAKLUMAT
Maklumat yang anda serahkan di Laman Kerjaya atau yang dikongsikan dengan Pakar Pemerolehan Bakat kami akan digunakan untuk tujuan perekrutan, pengurusan dan perancangan kakitangan global Johnson & Johnson sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai:
Selaras dengan undang-undang yang berkenaan, maklumat mengenai anda akan ditambah ke sistem atau pangkalan data Kerjaya kami dan boleh dikekalkan serta digunakan untuk mempertimbangkan peluang anda di Johnson & Johnson dan sekutunya selain daripada yang anda mohon. Kami mungkin menghubungi anda melalui e-mel atau telefon mengenai peluang lain yang mungkin selaras dengan keperluan dan minat anda. Jika anda tidak mahu kami melakukan perkara ini, sila hubungi kami di http://www.careers.jnj.com/contactus-faq.
Jika kami mengambil anda bekerja, maklumat peribadi yang kami kumpulkan berkaitan dengan permohonan anda mungkin akan dimasukkan ke dalam sistem sumber manusia kami dan digunakan untuk menguruskan proses pengambilan pekerja baharu. Sebarang maklumat sedemikian boleh menjadi sebahagian daripada fail pekerja anda dan digunakan untuk tujuan berkaitan pekerjaan yang lain.
Menyediakan maklumat peribadi kepada kami melalui Laman Kerjaya atau pakar Pemerolehan bakat adalah secara sukarela tetapi ianya perlu untuk proses merekrut. Selaras dengan undang-undang yang terpakai, jika anda tidak memberikan maklumat yang mencukupi, syarikat Johnson & Johnson mengingati anda untuk proses pengambilan pekerja mungkin tidak dapat mempertimbangkan permohonan pekerjaan anda atau, jika anda diupah, promosi, pemindahan atau pemindahan berikutnya anda.
PENDEDAHAN DAN PEMINDAHAN MAKLUMAT
Johnson & Johnson berkongsi maklumat peribadi calon dengan sekutunya yang terlibat dalam menilai calon untuk jawatan yang ada. Johnson & Johnson akan kekal bertanggungjawab untuk maklumat peribadi yang digunakan bersama dengan sekutu. Anda boleh merujuk senarai dan lokasi sekutu kami di sini: https://johnsonandjohnson.gcs-web.com/financial-information/sec-filings
Kami akan menghadkan akses kepada maklumat peribadi tersebut kepada kakitangan yang perlu mengetahui maklumat itu bagi tujuan yang dijelaskan dalam Dasar ini, termasuk kakitangan dalam jabatan perekrutan, sumber manusia dan teknologi maklumat serta di jabatan yang bertanggungjawab untuk jawatan yang anda mohon.
Johnson & Johnson juga berkongsi maklumat peribadi dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang diluluskan untuk memudahkan perkhidmatan yang mereka berikan kepada kami, termasuk mengehos dan mengendalikan Laman Kerjaya, bantuan merekrut serta pemprosesan pemeriksaan latar belakang.
Mendedahkan maklumat peribadi anda kepada kami melibatkan pemindahan maklumat peribadi anda ke negara lain, termasuk ke Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain di mana kami atau penyedia perkhidmatan kami beroperasi. Jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA") ini mungkin termasuk negara-negara di luar EEA. Sesetengah negara ini diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah kerana menyediakan tahap perlindungan yang mencukupi mengikut standard EEA (senarai penuh negara-negara ini boleh didapati di sini: https://ec.europa.eu/info/law/law-topic/data-protection/data-transfers-outside-eu/adequacy-protection-personal-data-non-eu-countries_en). Untuk pemindahan ke negara lain, kami telah menyediakan langkah-langkah yang mencukupi seperti pelaksanaan klausa kontrak standard yang diterima pakai oleh Suruhanjaya Eropah bagi melindungi maklumat anda.
PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN MAKLUMAT YANG LAIN
Kami juga menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda sebagaimana perlu atau sesuai, terutamanya apabila kami mempunyai kewajipan undang-undang atau kepentingan sah untuk berbuat demikian:
PENGEKALAN DATA
Kami akan menyimpan maklumat peribadi untuk tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Dasar ini. Kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh pengekalan kami mungkin termasuk satu atau lebih daripada yang berikut: (a) selagi kami mempunyai hubungan berterusan dengan anda; (b) seperti yang dikehendaki oleh kewajipan undang-undang yang tertakluk; dan (a) seperti yang digalakkan menurut kedudukan undang-undang kami (seperti yang berkenaan dengan statut pembatasan, litigasi, audit atau siasatan kawal selia yang terpakai). Kami juga mengikuti Jadual Pengekalan Perusahaan Johnson & Johnson yang memperuntukkan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan di seluruh dunia sementara turut memenuhi keperluan khusus tempatan dan negara.
PENGUMPULAN MAKLUMAT PASIF: KUKI DAN TEKNOLOGI YANG SERUPA
Kami dan penyedia perkhidmatan kami boleh mengumpulkan maklumat tertentu secara automatik semasa anda menavigasi di sekitar Laman Kerjaya. Sila lihat Dasar Kuki kami untuk maklumat terperinci mengenai kuki dan teknologi penjejakan lain yang digunakan pada perkhidmatan ini. Dasar Kuki ini merangkumi maklumat tentang bagaimana anda boleh menyahdayakan teknologi ini. Jika anda tidak menyahdayakannya dan terus menggunakan Laman Kerjaya kami, kami akan mentaabir persetujuan anda untuk penggunaannya.
Kami dan penyedia perkhidmatan kami boleh mengumpul dan menggunakan maklumat dengan cara berikut secara automatik:
Melalui penyemak imbas anda: Maklumat tertentu dikumpulkan oleh kebanyakan penyemak imbas, seperti alamat Kawalan Akses Media (MAC), jenis komputer (Windows atau Mac), resolusi skrin, nama dan versi sistem operasi serta jenis dan versi penyemak imbas Internet anda. Kami mungkin mengumpul maklumat yang serupa seperti jenis dan pengecam peranti anda sekiranya anda mengakses laman web melalui peranti mudah alih. Kami menggunakan maklumat ini untuk memastikan bahawa laman web ini berfungsi dengan baik.
Alamat IP: Alamat IP anda adalah nombor yang diberikan secara automatik kepada komputer anda oleh Penyedia Perkhidmatan Internet. Alamat IP dikenalpasti dan dilog secara automatik dalam fail log pelayan kami apabila pengguna melawat Laman Kerjaya ini, berserta masa lawatan serta halaman yang dikunjungi. Mengumpul alamat IP adalah amalan biasa dan dilakukan secara automatik oleh banyak perkhidmatan dalam talian. Kami menggunakan alamat IP untuk tujuan seperti mengira tahap penggunaan laman web, mendiagnosis masalah pelayan dan mentadbir laman web. Kami juga boleh memperoleh lokasi anggaran daripada alamat IP anda.
Maklumat Peranti: Kami boleh mengumpul maklumat mengenai peranti mudah alih anda seperti pengecam peranti unik untuk memahami cara anda menggunakan perkhidmatan tersebut.
PILIHAN DAN AKSES
Sekiranya anda mendaftar di Laman Kerjaya, anda boleh mengakses, menyemak serta mengubah maklumat peribadi anda yang disimpan di dalamnya dengan melog masuk ke Laman Kerjaya dan mengemas kini maklumat akaun anda sewajarnya. Profil yang telah dikemas kini akan digunakan sebagai profil lalai permohonan pekerjaan anda yang seterusnya dengan menggunakan akaun anda secara dalam talian. Untuk menukar maklumat peribadi yang telah anda hantarkan bagi pertimbangan jawatan tertentu, sila kemas kini profil anda dan hantarkan semula permohonan anda untuk jawatan tersebut. Kami menggalakkan anda untuk segera mengemaskini maklumat peribadi anda jika ia berubah atau tidak tepat.
Di mana dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, anda boleh meminta untuk menyemak, mengakses, membetulkan, mengemas kini, menyekat, membataskan atau menghapuskan maklumat peribadi anda; meminta agar kami berhenti menggunakan maklumat peribadi anda, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai; atau meminta salinan atau kemudahalihan maklumat peribadi anda. Anda boleh membuat mana-mana permintaan tersebut dengan menghubungi kami seperti yang ditunjukkan di bawah dalam bahagian "Hubungi Kami". Kami akan memberikan respon kepada permintaan anda selaras dengan undang-undang yang berkaitan dan jika terdapat sebarang keadaan yang menyebabkan kelewatan dalam respon kami, anda akan dimaklumkan dengan segera. Jika anda membuat permintaan sedemikian, sila nyatakan maklumat peribadi yang anda ingin akses atau telah diubah, sama ada anda ingin maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami yang dibataskan daripada pangkalan data kami, atau jika tidak, maklumkan kepada kami batasan yang anda hendak kenakan pada penggunaan maklumat peribadi anda.
Untuk perlindungan anda, kami hanya melaksanakan permintaan berkenaan dengan maklumat yang berkaitan dengan alamat e-mel yang anda gunakan untuk menghantar permintaan dan kami juga mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum memproses permintaan. Sila ambil perhatian bahawa maklumat peribadi tertentu mungkin dikecualikan daripada permintaan tersebut menurut undang-undang perlindungan data yang berkenaan atau undang-undang dan peraturan lain.
KESELAMATAN
Pihak syarikat akan melaksanakan langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi, selaras dengan undang-undang dan peraturan privasi dan data keselamatan yang terpakai. Apabila Syarikat melantik pembekal khidmat pihak ketiga untuk menyimpan atau memproses maklumat peribadi, pembekal tersebut akan dinilai keupayaan mereka untuk mencapai standard langkah keselamatan industri bagi memastikan kerahsiaan dan integriti maklumat peribadi terpelihara.
PAUTAN KEPADA LAMAN WEB PIHAK KETIGA
Laman Kerjaya mungkin mengandungi pautan ke laman yang lain. Dasar ini tidak menangani, dan kami tidak bertanggungjawab untuk, privasi, maklumat atau amalan lain oleh mana-mana pihak ketiga, termasuk mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan sebarang laman web atau perkhidmatan yang Laman Kerjaya pautkan. Pemasukan pautan di Laman Kerjaya tidak menandakan pengesahan laman atau perkhidmatan yang dipautkan oleh Johnson & Johnson atau sekutu kami. Calon digalakkan untuk membaca dasar privasi atau terma penggunaan laman web tersebut apabila mengaksesnya.
UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI UNTUK PERMOHONAN PEKERJAAN
Laman Kerjaya membolehkan anda memohon pekerjaan di seluruh dunia sebagai manfaat daripada fungsi perekrutan global berpusat Johnson & Johnson. Laman Kerjaya ini dikendalikan dari Amerika Syarikat. Oleh itu, sebarang maklumat peribadi yang anda serahkan kepada Laman Kerjaya atau pakar Pemerolehan Bakat kami akan diproses serta disimpan di Amerika Syarikat dan akan tertakluk kepada undang-undang A.S.. Jika kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan sekutu yang terletak di negara lain dalam kapasitinya sebagai bakal majikan, sekutu tersebut akan mengendalikan maklumat peribadi anda mengikut Dasar ini. Mana-mana pengambilan pekerja atau keputusan berkaitan pekerjaan lain akan dibuat oleh sekutu pengambilan pekerja mengikut undang-undang negara pekerjaan itu akan ditempatkan.
TENTANG KANAK-KANAK
Laman Kerjaya ini tidak bertujuan untuk kanak-kanak di bawah mana-mana bidang kuasa. Sila ambil maklum bahawa anda akan diminta untuk membuktikan anda berusia di atas majoriti di negara anda untuk meneruskan proses pemilihan bakat.
PEGAWAI SEMASA JOHNSON & JOHNSON
Jika anda sedang bekerja untuk Johnson & Johnson atau salah satu daripada sekutu kami, anda mestilah layak untuk memohon jawatan yang berbeza dalam Johnson & Johnson untuk menggunakan Laman Kerjaya ini. Sekiranya anda menerima jawatan sedemikian, program manfaat dan dasar Sumber Manusia anda mungkin berubah. Bagi jawatan baharu, sila berunding dengan pengurus Sumber Manusia mengenai kelayakan permohonan, program manfaat dan dasar Sumber Manusia yang terpakai untuk jawatan tersebut.
Laman Kerjaya ini tidak bertujuan untuk disebarkan kepada, atau digunakan oleh, mana-mana individu atau entiti dalam sebarang bidang kuasa atau negara di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan.
PERUNTUKAN TAMBAHAN UNTUK BIDANG KUASA KAWASAN KHUSUS
Peruntukan Tambahan untuk Australia
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau aduan tentang pengumpulan, penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi, atau jika anda percaya bahawa Syarikat tidak mematuhi Dasar ini atau undang-undang Australia yang relevan, sila hubungi Pegawai Privasi Syarikat di RA-JNJAU-PrivacyOffi@ITS.JNJ.com.
Peruntukan Tambahan untuk Kanada
Di mana, selaras dengan Dasar ini, kami menghantar atau mengeluarkan sumber maklumat peribadi anda kepada negara selain daripada negara di mana anda berikan perkhidmatan untuk Syarikat, maklumat peribadi itu boleh didapati dan diguna pakai oleh institusi kerajaan negara asing atau agensinya sendiri di bawah undang-undang yang sah yang dibuat di negara asing tersebut untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan di sini.
Peruntukan Tambahan untuk Kesatuan Eropah/Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”)
Kami boleh memindahkan Maklumat Peribadi anda ke negara-negara yang terletak di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Sesetengah negara ini diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah sebagai menyediakan tahap perlindungan yang mencukupi mengikut standard EEA (senarai penuh negara-negara ini boleh didapati di http://europa.eu). Dalam hal pemindahan dari EEA ke negara-negara yang tidak dianggap mencukupi oleh Suruhanjaya Eropah, kami telah menyediakan usaha memelihara keselamatan maklumat yang memuaskan, seperti Klausa Kontrak Standard Kesatuan Eropah untuk melindungi Maklumat Peribadi anda. Anda boleh mendapatkan satu salinan langkah-langkah ini dengan menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di emeaprivacy@its.jnj.com. Anda juga boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai interpretasi atau perlaksanaan dasar ini. Anda boleh membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan untuk negara anda. Anda boleh mendapati senarai pihak berkuasa penyeliaan di http://ec.europa.eu/justice/data-protection/article-29/structure/data-protection-authorities/index_en.htm atau dengan fungsi carian laman web Suruhanjaya Eropah.
Peruntukan Tambahan untuk India
Anda juga boleh membuat aduan dengan Pegawai Aduan kami melalui JJ_INDIA_PRIVACY@its.jnj.com.
Peruntukan Tambahan untuk Amerika Latin
Jika anda menganggap bahawa maklumat peribadi anda yang terkandung dalam pangkalan data Syarikat mungkin tertakluk kepada pembetulan, pengemaskinian atau penghapusan, atau jika anda mempunyai kepercayaan bahawa terdapat pelanggaran dari mana-mana tugas yang tertakluk dalam Undang-undang Privasi yang berkenaan, anda boleh memfailkan aduan kepada pihak Syarikat.
Peruntukan Tambahan untuk Rusia
Anda bersetuju dengan pindaan berikut kepada Bahagian "Pendedahan dan Pemindahan Maklumat": Sekiranya berlaku pendedahan maklumat peribadi oleh Syarikat kepada Kumpulan Syarikat Johnson & Johnson dan pihak ketiga yang diberi kuasa, Kumpulan Syarikat Johnson & Johnson dan pihak ketiga yang diberi kuasa hanya mempunyai akses kepada dan menggunakan Maklumat Peribadi tersebut. Sebarang tindakan lain, seperti perubahan, pindaan, penghapusan atau pemindahan Maklumat Peribadi oleh syarikat yang menerima adalah dilarang.
Anda bersetuju dengan pindaan berikut pada bahagian "Pilihan dan Akses": anda boleh mengakses, mengubah suai atau membetulkan maklumat paling peribadi tentang anda membuat permintaan yang sepadan dengan menghubungi kami menggunakan bahagian "Hubungi Kami". Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai bagaimana maklumat peribadi anda diproses oleh kami atau jika anda ingin meminta akses, membuat pembetulan, pemberhentian atau sekatan penggunaan, kerahsiaan, pembatasan, penghapusan atau salinan atau kemudahalihan maklumat peribadi anda (setakat mana hak-hak ini diberikan kepada anda oleh undang-undang yang terpakai dan konsisten dengan kewajipan lain), sila hubungi kami menggunakan bahagian “Hubungi Kami”.
Peruntukan Tambahan untuk Korea Selatan
Pemusnahan Maklumat Peribadi: Apabila Syarikat memusnahkan Maklumat Peribadi, ia akan melakukannya dengan cara yang menjadikannya tidak boleh dibaca atau tidak boleh dibina semula.
Pegawai Privasi: Anda boleh menghubungi Pegawai Privasi Syarikat di alamat emel RA-JACKR-PrivacyComp@ITS.JNJ.com.
Peruntukan Tambahan untuk Switzerland
Kami boleh memindahkan maklumat peribadi anda ke negara-negara yang berada di luar Switzerland. Sesetengah negara ini diiktiraf oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Switzerland sebagai menyediakan tahap perlindungan yang mencukupi (senarai penuh negara-negara ini boleh didapati di (https://www.edoeb.admin.ch/dam/edoeb/de/dokumente/2017/04/staatenliste.pdf.download.pdf/staatenliste.pdf). Dalam hal pemindahan daripada Switzerland ke negara-negara yang tidak dianggap mencukupi, kami telah menyediakan usaha memelihara keselamatan makluma yang mencukupi seperti Klausa Kontrak Standard EU untuk melindungi maklumat peribadi anda.
Peruntukan Tambahan untuk USA
Dalam negeri-negeri di mana pemastautin dibenarkan hak individu tambahan, Syarikat komited untuk memberi penghormatan terhadap hak untuk pemastautin tersebut, termasuk permintaan yang mungkin mengehadkan cara kami menggunakan dan berkongsi data anda, selaras dengan undang-undang yang berkaitan. Sila ambil perhatian bahawa undang-undang yang terpakai boleh mengecualikan maklumat peribadi tertentu daripada permintaan sedemikian. Untuk mengemukakan permintaan berdasarkan undang-undang tempatan, sila hubungi kami seperti yang ditunjukkan di bawah dalam bahagian "Hubungi Kami". Kami akan memberikan respon kepada permintaan anda selaras dengan undang-undang yang berkaitan dan jika terdapat sebarang keadaan yang menyebabkan kelewatan dalam respon kami, anda akan dimaklumkan dengan segera.
PERUBAHAN PADA DASAR INI
Kami berhak untuk meminda Dasar ini pada bila-bila masa untuk menangani perkembangan masa depan Johnson & Johnson, Laman Kerjaya, atau perubahan dalam industri atau trend undang-undang. Keterangan "Kemas Kini Terakhir" di bahagian atas Dasar ini menunjukkan tarikh kali terakhir Dasar ini telah disemak semula. Sebarang perubahan akan mula efektif apabila kami menyiarkan Dasar yang telah disemak semula di Laman Kerjaya.
HUBUNGI KAMI
Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami pada di
http://www.careers.jnj.com/contactus-faq
Oleh sebab komunikasi melalui e-mel tidak selalunya selamat, sila jangan masukkan maklumat sensitif dalam e-mel anda kepada kami.
---------------
PERAKUAN DAN PERSETUJUAN
Saya mengakui bahawa saya telah menerima, menyemak semula dan memahami Dasar ini dan bersetuju dengan penggunaan maklumat peribadi saya untuk kegunaan yang diterangkan di atas.